Bilangan sperma merupakan antara faktor
terpenting dalam menentukan tahap kesuburan bagi seorang lelaki. Kajian
menunjukkan lebih dari separuh masalah kesuburan dalam sesebuah pasangan
berpunca dari bilangan sperma yang kurang dari tahap normal.
Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia, bilangan sperma yang normal adalah sekurang-kurangnya 15 juta sperma per ml air mani.
Antara faktor lain selain bilangan
sperma yang turut menyumbang kepada kesuburan lelaki adalah motility
(Keupayaan sel untuk bergerak sendiri) dan morfologi (bentuk) sperma,
serta isi padu, tahap kepekatan fructose, dan pH air mani.
Faktor penyumbang kekurangan bilangan sperma
Terdapat beberapa faktor yang boleh
menyumbang kepada penurunan bilangan sperma seperti faktor luaran, gaya
hidup, dan perubatan.
1. Pengambilan dadah seperti cocaine dan marijuana
2. Alkohol
3. Penggunaan computer riba di atas riba dalam jangka masa yang panjang
4. Duduk terlalu lama, seperti memandu dengan jarak jauh, atau berbasikal terlalu lama
5. Merokok
6. Tekanan
7. Obesiti
8. Faktor medikal seperti ‘varicocele’, keradangan pada buah zakar dan prostate, masalah ejakulasi, anti-sperm antibodi, tumor, ketidakseimbangan homon, gluten intolerance dan kesan sampingan beberapa jenis ubat.
2. Alkohol
3. Penggunaan computer riba di atas riba dalam jangka masa yang panjang
4. Duduk terlalu lama, seperti memandu dengan jarak jauh, atau berbasikal terlalu lama
5. Merokok
6. Tekanan
7. Obesiti
8. Faktor medikal seperti ‘varicocele’, keradangan pada buah zakar dan prostate, masalah ejakulasi, anti-sperm antibodi, tumor, ketidakseimbangan homon, gluten intolerance dan kesan sampingan beberapa jenis ubat.
Namun begitu, senaman dan pemakanan yang sihat boleh membantu anda untuk meningkatkan bilangan sperma.
Antara makanan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan bilangan sperma
1. Pisang
Pisang sangat berkesan dalam
meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi Bromelain, sejenis
enzyme yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian
tengah buah). Bromelain adalah enzyme anti-inflamatory semula jadi yang
boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone (hormon seks
lelaki). Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang penting
dalam penghasilan sperma yang baik.
2. Coklat (dark chocolate)
Coklat sememangnya mempunyai pelbagai
khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis
amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan
sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.
Menurut satu kajian dari The University
of Michigan Health System, pengambilan L-arginine sebagai suplemen
tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti
sperma.
L-arginine juga boleh menyebabkan
pengembangan salur darah (vasodilation), yang meningkatkan aliran darah
pada alat sulit dan seterusnya membantu dalam proses ereksi.
3. Bawang putih
Bawang putih mengandungi oxide synthase
(NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam
ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang
penting dalam penghasilan sperma yang sihat.
4. Buah delima
Buah delima mengandungi bahan anti
oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia
dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini
juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.
Kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health
Sciences (2013) telah membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.
Sciences (2013) telah membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.
Sebuah lagi kajian yang telah
diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menunjukkan pengambilan jus
delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas (free radical) dalam
badan dan dapat meningkatkan kualiti sperma.
5. Daging merah
Daging mengandungi zat sepeti zink yang
membantu menghalang radikal bebas (free radicals) dari menjadi
sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga
membantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan
mengakibatkan penurunan nafsu syahwat.
Menurut Mayo Clinic, pengambilan
sebanyak 66mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam
lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu
mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.
6. Kacang walnut
Selain mengandungi arginine, kacang
walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 fatty acids) yang
dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu,
kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding
kacang-kacang yang lain.
7. Bayam
Terdapat banyak kandungan folic acid
dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini
juga mampu membantu menghasilakan sperma yang sihat dah tinggi
motilitinya.
8. Salad buah
Buah-buahan seperti oren, strawberry dan
ceri yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam
meningkatkan bilangan sperma. Dengan pengambilan salad buah, kita dapat
menyerap kesemua nutrien yang terdapat dalam buah-buahan tersebut
sekaligus.
Dengan menjadikan buah-buahan sebagai
sebagai makanan harian, ia boleh menghalang sperma dari dirosakkan oleh
radikal bebas. Lelaki yang mengambil sehingga 1000mg Vitamin C setiap
hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat
meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan.
9. Telur
Telur dapat membantu meningkatkan
bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan
vitamin E, di mana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya
kemerosotan tisu buah zakar.
Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat
menghalang kesan negatif radikal bebas terhadap sel sperma dan telur
(ovum). Oleh yang demikian, Vitamin E ini dianggap antara nutrien yang
terpenting untuk meningkatkan kesuburan.
10. Air kosong
Cara yang paling mudah untuk
meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi
setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa
terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel
sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga
10 gelas air kosong setiap hari.
11. Suplemen herba
Sejak zaman nenek moyang lagi, orang tua
di Asia Tenggara telah lama mengamalkan minuman air rebusan akar kayu
seperti Tongkat Ali dan Ubi Jaga. Herba ini telah diakui dapat
meningkatkan kepekatan serta kesuburan sperma. Kandungan Flavanoid yang
tinggi di dalam herba tersebut, terbukti dapat memekatkan dan menambah
isipadu air mani lelaki.
0 Response to "11 Makanan Meningkatkan Kesuburan Lelaki"
Post a Comment