
Melaka: Penceramah bebas Muhamad Fadhil Husin, 29, atau Abang Long
Fadhil luka di kepala dan tangan kiri selepas Perodua Myvi dinaiki
terbabit dalam kemalangan dengan Proton Satria di Susur Masuk Plaza Tol
Ayer Keroh, 2 pagi tadi.
Perodua Myvi disewanya itu terbalik dan terseret di atas jalan raya selepas melanggar belakang Proton Satria.
Dia duduk di tempat duduk penumpang manakala rakannya dikenali
sebagai Anas berusia 20-an yang memandu kereta cedera di lengan kanan.
"Kami dalam perjalanan dari Rawang ke Johor untuk menghadiri majlis keagamaan di Skudai, Johor.
"Saya berjaya keluar dari kereta melalui tingkap, hanya tiga kaca
tertusuk di kepala, Alhamdulillah muka tidak apa-apa," katanya ketika
ditemui di inap desa tempat penginapannya di Sungai Udang, di sini.
Muhamad Fadhil berkata, dia juga bersyukur kerana ketika kejadian
ibunya tidak bersama mereka kerana mahu tinggal di rumah saudara di
Rawang.
"Mujur Ibu saya tidak ikut sama, bagi saya semua ini sudah tertulis dan reda dengan ketentuan Allah SWT," katanya.
Kredit : Harian Metro
0 Response to "Abang Long Fadhil kemalangan"
Post a Comment