Melancong sudah jadi trend di kalangan
rakyat Malaysia tak kira samada destinasi dalam dan luar negara. Bila ke
luar negara, aspek pertama yang dikaji ialah harga tiket kapal terbang.
Semua pelancong cuba mendapatkan tiket yang murah tapi ramai yang tidak
tahu bagaimana.
Pemilik blog berkonsep pelancongan, Wan
Farhan berkongsi petua bagaimana nak beli tiket kapal terbang pada harga
terendah di blognya iaitu kakikujalanjalan.blogspot.my. Jom kita baca
trik yang beliau amalkan.
1. Tempah Hari Selasa & Rabu
Selasa dan Rabu merupakan salah satu
hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat
penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam
7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan
penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan
statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga
tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.
2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal
Berdasarkan pengalaman, korang kena
tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang
nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalamsistem
untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam
sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan
yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem
ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang
terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200
penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi
mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang
akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan
semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.
3. Hari Terbang Yang Sesuai
Cuba korang tempah tiket untuk terbang
pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan
tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan.
Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini,
berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan
terbang akan menjadi sangat sibuk.
4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akan
tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk
penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket
dalam tempoh ini.
5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil
Korang boleh cuba teknik ini, iaitu
turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi
sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya
ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan
turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang
‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di
Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba
cara ini. Mesti lagi murah!
6. Buang ‘Cookies’
Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila
buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya
korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab
melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan
yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem
tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk
laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi,
korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu.
Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!
7. Bandingkan Harga
Jangan malas untuk google dan bandingkan
harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan
hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab
kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada
syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku
kerap gunakan untuk travel:
1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software
Sumber : Kakikujalanjalan.blogspot.my
0 Response to "Lelaki Ini Share Trik Beli Tiket Flight Murah: No. 2 & 6 Tu Ramai Tak Tahu!"
Post a Comment