Sekarang ini satu Malaysia sedang demam filem Kabali yang dilakonkan
oleh superstar Rajinikanth. Buat yang tidak tahu, filem ini turut
menyaksikan kemunculan pelakon-pelakon Malaysia iaitu Rosyam Noor,
Norman Hakim dan Zack Taipan. Ia ada satu perkembangan yang sangat
bagus. Bukan senang untuk pelakon Malaysia mendapat tempat di industri
filem antarabangsa, walaupun sekadar mendapat watak kecil sahaja. Namun
begitu, kerana promosi yang agak kuat, ada pihak yang salah faham dan
menganggap watak Rosyam Nor di dalam Kabali adalah peranan utama.
Susulan itu, penerbit drama, Mohd Noor Kadir menerusi akaun Facebooknya
telah mengkritik pembabitan Rosyam Nor di dalam filem Kabali. Abang Nara
boleh bayangkan kekecewaan Mohd Noor yang menyaksikan watak Rosyam Nor
di dalam filem Kabali sekadar tempelan sahaja. Mohd Nor turut mendakwa
Rosyam Nor sekadar menjadi props dan atau pasu bunga bernyawa di dalam
filem itu dengan hanya sesekali mengeluarkan dialog “yes” dan “no”.
Namun Rosyam Nor tidak berkecil hati dengan kritikan tersebut. Bagi
beliau, watak kecilnya di dalam filem tersebut diharap akan menjadi batu
loncatan. Kata Rosyam Nor:-
Apabila saya dikritik, ertinya orang sayangkan bakat saya dan mereka tahu tahap kemampuan saya dalam lakonan. Saya tak salahkan mana-mana pihak, terutama peminat yang kecewa apabila menonton filem itu. Saya juga tidak berkecil hati dengan Mohd Noor kerana dia ada hak untuk mengkritik.Pada usia 49 tahun sekarang, inilah kali pertama saya dapat peluang begini. Setiap perkara bermula dengan kecil sebelum menjadi besar. Begitu juga kerjaya saya. Saya hanya dikenali di Malaysia. Jadi, walaupun watak kecil dalam ‘Kabali’, saya terima kerana ingin mencuba. Kalau dibandingkan saya dengan Rajinikanth, bagaikan langit dengan bumi.Saya bersyukur kerana berpeluang berlakon bersamanya dan bersama-sama menjayakan babak pergaduhan dengannya
Biasalah awal-awal dapat watak kecil. Walaupun dah hero di Malaysia, di
peringkat antarabangsa tiada siapa yang mengenali kita. Dapat watak
tempelan pun dah cukup bagus. Perlahan-lahan kayuh. Insya Allah lepas
ini akan dapat watak yang lebih bagus. Mana tahu dalam 4,5 tahun lagi
akan ada pelakon Malaysia yang menjadi hero filem antarabangsa. Siapa
tahu kan? Sama-samalah kita tunggu
0 Response to "Dikritik Hanya Pegang Watak Kecil Dalam Kabali, Rosyam Nor Tak Kecil Hati "
Post a Comment