Sebenarnya saya dari dulu
tertanya-tanya.. ‘ Kenapalah ramai orang suka pakai RXZ? ‘ Hm… Design
tak ada la smart sangat. Enjin 135cc je sama macam Yamaha 135LC… Well,
follow punye follow titibe RXZ tu memecut laju. Hurm.. Saya da pulas
abis dah tapi tak dapat kejar dan akhirnya saya terfikir tentang
konklusinya. ‘RXZ laju patutlah ramai peminat”
Mengikut sejarah pengeluaran motosikal
Yamaha sekitar tahun 80 an , Yamaha RXZ 135 cc pernah menjadi ‘Raja’ di
jalan raya suatu ketika dahulu dan nampaknya Yamaha RXZ masih lagi
mendapat perhatian peminat-peminat motosikal tempatan. Yamaha TZM,
Yamaha 110ss , Yamaha 125z dan Yamaha 135 LC Adalah jentera Yamaha yang ‘power’ seperti RXZ .
Yamaha RX-Z 135 mula dikeluarkan pada
tahun 1985, dengan menggunakan transmisi 5 kelajuan (5 speed) dan brek
disk tidak berlubang. Selang beberapa tahun iaitu pada tahun 1989,
enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan (6
speed), bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping
cakera brek hadapan berlubang.
Setiap tahun pasti akan ada
penambahbaikan pada model Yamaha RXZ ini. Kelebihan pada RXZ 5 speed ini
adalah ‘top speed’ lebih sedap berbanding dengan RXZ 6 speed.
Ini membuktikan bahawasanya model ini
tak lapuk dek zaman sehinggalah tahun 2004 apabila model tersebut diberi
nafas baru iaitu model RXZ Catalyzer dengan penambahan ‘catalytic
converter’, lampu belakangnya juga menyerupai Yamaha 125z dan beberapa
lagi perubahan yang lain.
Sehingga kini ramai dikalangan peminat
jentera ini telah menggabungkan dari model lama ke model-model 6 speed
atau Catalyzer untuk lebih tampak moden, baru dan bergaya.
Selain dari RXZ, Yamaha mengeluarkan
beberapa jenis model iaitu Yamaha TZM, Yamaha 110SS, Yamaha 125Z, Yamaha
LC dan banyak lagi model dan Yamaha RXZ adalah model yang paling banyak
dikeluarkan oleh Yamaha diikuti model yang kedua terbanyak dihasilkan
oleh Yamaha iaitu Yamaha 125z.
Model motosikal RXZ keluaran terdahulu
mungkin ada yang menghadapi masalah semasa memulakan perjalanan kerana
enjin mudah mati apabila penunggang kurang berpengalaman cuba bergerak
dalam gear satu, tetapi masalah tersebut telahpun diselesaikan pada
model yang seterusnya.
Pada tahun 2011, Yamaha RXZ bercadang
untuk menghentikan pengeluarannya. Ini mungkin untuk mengurangkan
kenderaan berasap di atas jalan raya. Untuk menyelamatkan bumi kata
mereka. Ini juga untuk mengurangkan masalah rempit di kalangan remaja.
Perbandingan enjin (Displacement dan Horsepower)
Yamaha 125ZR – 124.3cc , 13 kW
Yamaha 135LC – 134cc , 8.93kW
Yamaha 135LC ES – 134cc , 9.2 kW
Yamaha RXZ 135 – 133cc , 15 kW
Yamaha FZ150i – 149.8cc , 11.1 kW
Yamaha 125ZR – 124.3cc , 13 kW
Yamaha 135LC – 134cc , 8.93kW
Yamaha 135LC ES – 134cc , 9.2 kW
Yamaha RXZ 135 – 133cc , 15 kW
Yamaha FZ150i – 149.8cc , 11.1 kW
Anda lihat perbezaan d atas. Patutlah
ramai minat Yamaha RXZ dan Yamaha 125ZR. Enjin 2 lejang walaupun cc
kecil tetapi memiliki horsepower yang tinggi. Enjin 2 lejang ni torque
adalah tinggi (daya kilasan tinggi) dan mempunyai acceleration (pecutan)
yang baik.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa
motosikal keluaran Yamaha RXZ ini bukan sahaja bergaya malah ianya
berkuasa dan boleh mencecah kelajuan sehingga 180km/h.
Sumber : Carigold
0 Response to "Kenapa Yamaha RX-Z Masih Mempunyai Ramai Peminat?"
Post a Comment