
Kulim: Enam wanita warga Vietnam yang leka melayan pelanggan ditahan Jabatan Imigresen negeri dalam serbuan Op Ikrar di pusat refleksologi di Jalan Lembah Impian di sini, malam tadi.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Mohd Shahrir Khalil berkata, operasi 10.15 malam itu mengesan semua wanita berusia antara 22 hingga 35 tahun itu melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
Menurutnya, ketika serbuan wanita terbabit sedang mengurut pelanggan masing-masing terdiri lelaki warga tempatan.
"Hasil pemeriksaan mendapati lima daripada wanita ini tinggal lebih masa dalam negara dan seorang lagi tidak memiliki sebarang pas atau permit sah.
"Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dipercayai pemilik premis itu juga dipanggil untuk membantu siasatan," katanya.
Mohd Shahrir berkata, semua wanita itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) akta sama.
Katanya, mereka akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik untuk siasatan lanjut.
Kredit : Harian Metro
0 Response to "Ditahan ketika leka layan pelanggan"
Post a Comment