‘Kami Halalkan Abah dan Mama Guna Duit Raya Kami’


 'Kami Halalkan Abah dan Mama Guna Duit Raya Kami'

Berikutan jadi viral isu penggunaan duit raya di kalangan ibu bapa yang menjadi perbualan dan perdebatan netizen-netizen di media-media sosial baru baru ini, seorang pengguna telah tampil memberi pandangan beliau di laman Facebook beliau.

Tahun ini kecoh pulak isu ‘haram ibu bapa yang menggunakan duit raya anak-anak mereka’. Seingat sayalah, dari kecil dulu dapat duit raya,, kami bagi mama dan abah sahaja. Tidak pernah pula kami tuntut kembali duit-duit raya kami itu.

Kami anak-anak abah dan mama adalah hak abah dan mama, hakikatnya hak Allah SWT, maka duit kami adalah hak abah dan mama juga. Pedulilah mama dan abah nak buat apa pun, sebab mama dan abah kami bukannya orang kaya.

Abah kerja kilang dulu gaji RM400 sebulan pada mula-mula start kerja dan mama pula merupakan seorang surirumah.

Apa sahaja duit kami yang mama dan abah guna, kami halalkan, sebenarnya nak kata halalkan pun tidak layak sebab kami anak-anak abah dan mama. Tidak akan terbalas jasa, penat lelah duit ringgit dari melahirkan hingga membesarkan kami.

Untuk anak-anak kami pula, insyaAllah kami akan cuba yang terbaik, untuk abah yang dirindui, Allahummagh fir lahu..warhamhu..waa’fihi..wa’fua’nhu.
Sumber : Azreen Mohd Nasir

0 Response to "‘Kami Halalkan Abah dan Mama Guna Duit Raya Kami’"

Post a Comment