
Anda Ada Duit Kertas Atau Syiling Yang Lama ? Jualkan Disini , Kerana Harga Semakin Hari Semakin Meningkat Mencecah RM32,000 Sekeping. Kalau Ada Rakan Atau Family Anda Berminat, Sila Tag Mereka. Untuk Ketahui Caranya , Tekan Gambar Dibawah Atau Share Di Wall Anda Untuk Mendapat Respon Yang Cepat!

Saya telah membuat infografik untuk post ini bagi memudahkan anda faham tentang cara-cara menjual duit lama anda. Anda boleh memuat turun infografik tersebut di laman Facebook saya; Infografik: Panduan Menjual Duit Lama.
Anda
dibenarkan untuk berkongsi infografik ini dengan syarat tidak mengubah
sebarang rekabentuk dan maklumat yang saya sertakan. Jika boleh, tolong
kongsikan link post/blog ini di post/entri yang anda buat.
Ramai
yang bertanya macamana cara mudah nak jual duit lama. Ada di antara
mereka yang bertanya itu mempunyai banyak duit syiling lama Malaysia
yang ingin dijual kerana sudah lama menyimpannya atau baru sahaja dapat
daripada saudara-mara dan rakan-rakan. Jika anda rajin mencari duit
lama, ianya juga boleh menjadi satu bisnes yang menguntungkan. Jika anda
tahu duit syiling lama yang manakah yang dicari oleh para pengumpul
duit syiling lama. Saya akan menceritakan mengenai hal duit 'Rare" yang
dicari oleh kolektor kemudian. Untuk entri ini, saya akan kongsikan
kepada anda cara mudah untuk menjual koleksi duit syiling lama anda.
Anda
perlu cuba mencari harga duit lama tersebut terlebih dahulu sebelum
anda ingin menjualnya. Jika tidak, anda mungkin akan meletakkan harga
tidak masuk akal atau harga yang terlalu murah daripada harga pasaran.
Anda boleh mencari harga syiling tersebut secara online. Saya ada
menyenaraikan harga duit syiling lama di
blog ini sebagai panduan kepada anda semua. Namun, anda perlu tunggu
untuk sesetengah entri yang masih belum siap. Jika anda tidak dapat
menunggu, sila cari dan beli buku daripada Steven Tan ataupun KN Boon
sebagai rujukan anda. Jika anda betul-betul ingin serius didalam bisnes
jual beli duit lama atau mengumpul duit lama, buku-buku tersebut adalah
benda yang wajib anda beli terlebih dahulu sebelum mula membeli koleksi
anda.
Jika
anda telah menemui harga yang sesuai, untuk jualan secara online,
pastikan anda mengambil gambar yang jelas dan terang untuk kedua-dua
belah muka syiling anda. Jangan sesekali gunakan gambar yang kabur
didalam jual beli duit syiling anda kerana bagi kolektor permukaan duit
syiling juga memainkan peranan untuk menentukan harganya. Anda pasti
pernah mendengar berkenaan kondisi duit syiling Very Fine (VF) atau
Uncirculated (UNC) bukan? Kolektor perlu mempastikan kondisi duit
syiling tersebut sebelum membuat keputusan untuk membeli duit syiling
anda. Jika anda tidak tahu menilai dan mengred duit syiling anda
sekalipun, gambar syiling yang jelas akan membantu mereka membuat
keputusan.
Menjualnya secara online.
Pada
ketika ini, ada pelbagai pilihan untuk menjual duit syiling lama secara
online. Trend terbaru pada ketika ini adalah menjualnya di Facebook
group. Rasanya hampir semua orang ada sekurang-kurangnya satu akaun
Facebook bukan? Ada banyak kumpulan Facebook group yang agak aktif pada
ketika ini, anda boleh membacanya disini; Facebook group yang wajib anda sertai.
Sebaik-baiknya, baca dahulu peraturan di dalam group-group tersebut
sebelum anda mula menjual koleksi anda. Kolektor baru perlu mendaftar
dengan mereka terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mula menjual duit
lama.
Satu lagi pilihan yang rasanya semua orang tahu ialah menjualnya di mudah.my.
Jika anda mempunyai banyak duit syiling lama untuk dijual, saya
sarankan anda untuk mendaftar sebagai ahli PRO Niaga, pendaftaran adalah
percuma. Agak mudah untuk anda menjual banyak item berbanding
menjualnya secara one off. Pastikan tajuk untuk duit syiling tersebut
adalah betul sebelum anda menerbitkan iklan anda. Satu lagi perkara yang
paling penting adalah pastikan anda tidak termasuk didalam golongan
mereka yang menjual duit syiling pada harga yang tidak masuk akal,
periksa dahulu harga terbaik untuk duit syiling anda sebelum anda
menerbitkan iklan anda.
Mungkin kepada anda yang ingin serius menjalankan bisnes jual beli duit lama, eBay.com.my adalah
satu pilihan yang terbaik. Ini kerana mereka mempunyai sistem rating
kepada penjualnya. Apabila anda sudah mendapat rating yang tinggi,
pembeli akan lebih mudah untuk mempercayai anda. Anda juga mungkin akan
mendapat pembeli dari luar negara.
Menjualnya kepada rakan-rakan kolektor
Anda
perlu membina network/rangkaian rakan-rakan kolektor jika anda ingin
menjual melalui rakan-rakan sahaja. Mungkin cara yang terbaik pada
ketika ini adalah melalui Facebook dan juga forum selain secara offline.
Di Facebook, anda boleh melihat rakan-rakan yang mempunyai hobi yang
sama dengan anda dengan mudah. Di dalam forum, biasanya ada ruangan
hobi, turut serta didalam ruangan itu dan pastikan anda aktif kerana
rakan yang lain mudah mengenali anda jika anda aktif didalam forum.
Untuk rangkaian offline pula, anda mungkin perlu bertanya kepada
rakan-rakan tentang hobi mereka, mana tahu rakan satu opis anda adalah
pengumpul duit lama. Namun, apabila anda menjual kepada rakan-rakan,
harga jualan juga adalah harga rakan-rakan, harganya perlu murah sedikit
untuk menarik rakan-rakan membelinya.
Menjualnya melalui persatuan Numismatik
Pada
ketika ini, hanya ada satu persatuan Numismatik yang aktif di Malaysia
iaitu Malaysia Numismatic Society atau MNS. Anda boleh turut serta
menjadi ahli mereka dan mungkin turut serta didalam jualan lelongan
mereka yang di adakan setiap 3 bulan sekali. Jika anda ingin turut serta
didalam lelongan mereka, sebaiknya anda hanya menjual syiling yang
berkualiti tinggi jika anda ingin mendapat harga yang terbaik. Sebagai
contoh, duit syiling 1 sen 1976 tembaga yang
dijual melalui lelongan di MNS akan mendapat pembeli dengan mudah
berbanding anda menjualnya sendiri. Perlu di ingat, anda akan dikenakan
fee sebanyak 5% daripada harga jualan untuk setiap item anda.
Menjualnya kepada penjual duit lama
Salah
satu cara yang mudah dan cepat untuk menjual duit lama dalah dengan
menjualnya dengan penjual duit lama berdekatan anda. Anda boleh melihat senarai penjual duit lama yang
saya terbitkan di blog ini. namun, perlu di ingat, apabila anda menjual
kepada mereka, anda hanya akan mendapat harga kurang daripada 50%
daripada harga pasaran. Selain itu, tidak semua duit syiling diterima
oleh mereka. Jika anda hanya mempunyai duit syiling luar negara, ada
kemungkinan besar mereka tidak akan menerimanya. Begitu juga dengan
syiling anda yang kotor atau kondisi yang teruk, jika ianya duit biasa,
mereka juga tidak akan membelinya. Ini sebagai pilihan terakhir kepada
mereka yang malas atau tidak tahu macamana untuk menjual dengan cara
yang lain.
Saya
harap anda faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Sebarang
pertanyaan adalah dialu-alukan. Cuma pastikan anda tidak memberi komen
untuk mengiklankan jualan duit syiling anda.
Kredit : http://www.ceritapanas090.com
Sama mau jual duit lama. 0182600648 whatsal
ReplyDelete